NIMOSA CAT

NIMOSA FOR CAT




KUTU

Kutu adalah serangga kecil, tanpa sayap, dan penghisap darah. Ciri-ciri utama kutu adalah kebolehan mereka untuk melompat dengan menggunakan kaki belakangnya. Terdapat 3 jenis kutu seperti kutu tikus, kutu manusia, dan kutu kucing. Gigitannya boleh menyebabkan kehilangan darah, kerengsaan, dan ketidakselesaan yang serius.

KUTU DI BADAN KUCING

Semua jenis kutu haiwan dan manusia adalah penghisap darah. Kutu badan akan menyebabkan kucing anda merasa tidak selesa dan gatal. Keadaan ini akan menyebabkan kucing kehilangan bulu, kehilangan selera makan dan akan memudaratkan persekitaran. Persekitaran yang tidak sihat akan mengganggu kesihatan pemilik kucing dan keluarga terutama penghidap asma. Jika kucing bebas daripada sebarang kutu, maka sukar untuk dijangkiti asma. Selain itu, kutu badan boleh menghasilkan tungau kucing yang sangat merbahaya kepada penghidap asma.

KUTU DI TELINGA KUCING

Kutu telinga adalah kutu yang paling berbahaya kepada kucing dan amat sukar untuk dipulihkan tanpa pemerhatian yang serius. Kutu telinga juga boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada kucing sama seperti kutu badan. Ia juga berbahaya kepada orang yang menghidap asma.

MENGENAL PASTI SEKIRANYA KUCING ANDA MEMPUNYAI KUTU

Benjolan kecil atau lapisan kulit yang menggelupas terutamanya di bahagian leher dan pangkal ekor

Kucing semakin gemar menggaru terutamanya di bahagian muka

Bulu semakin kerap gugur

Tingkah laku gelisah

Selalunya anda tidak akan nampak kutu, kerana mereka berlindung di celah-celah bulu dengan baik sekali. Gunakan kain basah yang bersih dan lapkan di tubuh kucing anda. Anda akan nampak tanda titik coklat gelap di kain tersebut.



1. RAWATAN SECARA TERUS : CARA-CARA APLIKASI NIMOSA DI BADAN DAN TELINGA KUCING

Sembur di belakang leher kucing anda tanpa membiarkan cecair Nimosa terkena di seluruh badan kucing dan juga di lantai. Jika berlaku, lap segera dengan kain mudah serap.

Elakkan menyembur nimosa terlalu banyak.

Untuk telinga kucing, sembur Nimosa di putik kapas kemudian sapukan di telinganya.

Pastikan semasa menyembur Nimosa, cecair tidak terkena pada mata kucing anda. Sekiranya berlaku, segera bilas dengan air sejuk.

Tidak perlu memakai sarung tangan untuk mengaplikasikan Nimosa tetapi anda perlu mencuci tangan anda sejurus selepas itu.

Tunggu sehingga 1 minggu, kemudian anda boleh ke langkah yang seterusnya.


2. PANTAU KUCING ANDA SEKIRANYA ADA KESAN SAMPINGAN

Salah satu potensi untuk kesan sampingan Nimosa terhadap kucing adalah keguguran bulu. Namun ianya sangat jarang berlaku. Tetapi, sekiranya kucing anda terus menjilat di kawasan yang telah disembur dengan nimosa, kemungkinan untuk kucing anda mengeluarkan air liur disebabkan rasa kelat cecair nimosa.

3. SIKAT BULU KUCING ANDA

Sikat kucing anda menggunakan sikat kutu yang bermata halus dari kepala hingga ke ekor beberapa kali. Ia bertujuan untuk singkirkan kutu dan juga telurnya dari badan kucing anda.

LANGKAH PENCEGAHAN:

1) Kuarantinkan kucing anda di bilik berasingan ataupun di dalam sangkar sekiranya kucing anda mempunyai kutu

2) Vakum seluruh kawasan rumah untuk menghalau kutu dan serangga di lantai atau di perabot.

3) Anda boleh sembur rumah anda dengan Nimosa untuk membasmi serangga yang berada di dinding dan perabot rumah anda.

4) Seterusnya, vakum dan basuh kesemua permaidani di rumah anda. Digalakkan juga untuk menjemur permaidani di bawah terik matahari secara berkala.

5) Pastikan anda basuh kesemua baju anda kerana serangga ini gemar bersembunyi di pakaian manusia.

© 2019. All Rights Reserved.
by CMA Solutions Sdn Bhd